Tuesday, October 6, 2015

Kuih bakar pisang

Since semalam Fatma and Lokman belanja sekotak pisang maka timbullah cemacam kuih berasas pisang for teatime start from today. Biasanya mummy akan buat cucur pisang since it was everyone favourite kat rumah ni tapi since kehabisan minyak masak mummy tukar buat kuih bakar pisang. Mudah je resepi dia.

Bakar Pisang

6 biji pisang montel
1 cawan susu cair
1 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1 biji telur
2 sudu besar mentega

Lenyek pisang dlm mangkuk besar. Blend bahan lain dlm blender then curah dlm mangkuk berisi pisang. Gaul rata. Since mummy pakai food processor, mummy putar semua sekaligus then masukkan dalam cawan cupcake then bakar dlm suhu 170 darjah celcius sehingga kecoklatan. Siap untuk dihidang. Yummy yummy

Wednesday, June 25, 2014

Sambal Lotek, Ikan Rebus Goreng Dan Sayur Lemak Putih Kelantan

Malam ni menu kami lauk pauk kampung versi Kelantan digandingkan dengan sambal lotek jawa. Ni menu ikut selera mummy n daddy. Kita test selera anak2 malam ni.

Tuesday, June 24, 2014

Assalamualaikum wbt

2014 ni tak pernah lagi berblogging. Diam tak diam dah nak masuk bulan Julai dan dah nak masuk bulan mulia Ramadhan al Mubarak. Bulan yang dinanti-nanti kami sekeluarga. Anyway tahun ni kami agak keterbelakang dari biasa. Biasanya saat-saat ni pakaian-pakaian raya dahpun settle, tahun ni baru half way. actually bulan Ramadhan malas nak merewang di komplek2 membeli belah. Masapun agak limited. Lebih afdal untuk urusan2 yang lebih bermanafaat.

Ramadhan kali ni harapnya dapat mengekalkan rekod tahun lepas. Ramadhan tanpa Bazzar Ramadhan. Harap-harap berjaya. Go go mummy go. Yakin boleh....

Thursday, March 28, 2013

Lama dah biar bloq ni bersawang.......hari nie rasa cam nak berblogging pulak. Yalah orang semua gi makan kenduri tinggal kita sorang2 jaga baby demam ni. huhuhu

Esok dah nak gerak ke Terengganu then back to JayBee. Yi ha miss kitchen and my homely bedroom. Teringin nak makan Chicken Pie. Balik nanti nak buatlah.  Babypun dah mintak karipap bila nampak karipap di blog Kak Azie Kicthen. Yummy Yummy.

Thursday, December 6, 2012

Cuti-cuti Malaysia Penang 2012


CUTI CUTI MALAYSIA KE TMN RAMA-RAMA PENANG

Pada bulan November 2012 kami sekeluarga telah bercuti ke Utara Semnienanjung - Penang, Perlis dan Kedah. Destinasi pertama kami ke Taman Rama-Rama Penang.

Seawal 9am kami telah tiba ke sana. Nice place,saya bagi 5 bintang.  Banyak yang kami dapat pelajari di sana. Antaranya tentang kitaran hidup rama-rama.


Nielah kitaran hidup rama- rama






Yang bintik-bintik kuning dalam gambar pertama tu adalah telur, dari telur dia menjadi ulat seperti dalam gambar. Kemudian jadi kepompong seperti gambar kedua. Selepas 14 hari kepompong akan pecah menjadi rama-rama dewasa. Walaubagaianapu ia tidak boleh terus terbang tetapi perlu bergantung selama beberapa jam utk meluruskan dan mengeringkan sayapnya sebelum terbang.


Friday, September 21, 2012

Perkhawinan : Hak-hak suami dan Isteri


Perkahwinan merupakan fitrah yang Allah anugerahkan ke atas manusia, baik lelaki mahupun perempuan. Menurut Islam perkahwinan bukanlah atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan syahwat tetapi untuk memenuhi kehendak tujuan kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada  Allah. Kerana itu setiap Muslim mahupun Muslimah perlu merancang agar perkahwinan mereka tergolong di dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub ila Allah).

Dalam sebuah hadis yang  diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]

Hadis di atas menerangkan pedoman dari Rasulullah bahawa asas perkahwinan mestilah didasarkan kepada ketakwaan. Muslimin dan Muslimat di sarankan agar memotivasikan diri untuk menjadikan perkahwinan itu sebagai rangka mendekatkan diri kepada AllahSubhanahu wa Taala.

Perkahwinan merupakan pangkal, sementara berbagai-bagai hubungan lain hanyalah cabang dari adanya hubungan perkahwinan. Dengan kata lain, jika tidak ada perkahwinan, tidak mungkin muncul status suami, isteri, anak, bapa, ibu dan sebagainya.Islam telah menganjurkan kaum Muslimin untuk melangsungkan perkahwinan. Ibnu Mas’ud radhiallahu anhu menuturkan bahawa Rasulullah bersabda sebagai berikut:
“Wahai para pemuda, siapa saja di antara kalian yang telah mampu memikul beban, hendaklah ia segera bernikah, kerana hal itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya siapa sahaja yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, kerana hal itu dapat menjadi perisai.”

Seorang Muslim atau Muslimah yang baik selalu berharap kepada Allah agar mendapatkan pasangan yang dapat menjaga kehormatan dirinya, keluarganya dan kedekatannya kepada Allah Subhanahu wa Taala. Ia akan bersyukur jika ia berhasil memiliki pasangan yang soleh/solehah. Sebab ia telah mendapat keberuntungan yang paling besar. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” [HR Muslim]

Seorang Muslim tidak dianjurkan menikahi seseorang kerana kecantikannya, kekayaannya mahupun darjatnya, tetapi dianjurkan agar memilih yang bertaqwa. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;
“Janganlah kalian menikahi perempuan itu kerana kecantikannya, mungkin kecantikannya itu akan membawa kerosakan bagi mereka sendiri. Janganlah pula kalian menikahi mereka kerana mengharap harta mereka, mungkin hartanya itu akan menyebabkan mereka sombong. Akan tetapi, nikahilah mereka dengan dasar agamanya. Sesungguhnya hamba sahaya yang hitam lebih baik, asalkan ia beragama.” [HR Ibnu Majah]

Hadis di atas menuntut agar seseorang berkahwin kerana agama dan bukan kerana selainnya. Apa yang penting, setiap perkahwinan itu mestilah berdasarkan cinta kasih pasangan kerana Allah. Jika setiap pasangan berkahwin atas cinta kerana Allah, nescaya mereka akan beroleh rahmat dari perkahwinan tersebut sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Taala:
“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antara kalian rasa kasih dan sayang.” [TMQ ar-Rum (30):21]

Kehidupan suami isteri
Pada dasarnya, hubungan suami-isteri adalah hubungan yang didasarkan pada prinsip persahabatan yang akrab, saling mengerti dan saling memerlukan. Hubungan suami isteri ini akan menjadi lebih bermakna jika suami isteri itu tahu menjalankan tanggung jawab masing-masing. Dengan ini syariat Islam telah menjelaskan apa yang menjadi hak isteri atas suaminya dan hak suami atas isterinya. Sebagaimana Firman Allah:
“Para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf.” [TMQ al-Baqarah (2):228]

Ertinya hak yang dimiliki oleh seorang isteri atas suaminya sama seperti hak suami atas isterinya dari sudut masing-masing mesti mematuhi perintah dan larangan Allah. Oleh sebab itu Ibn Abbas pernah bertutur demikian,
“Sesungguhnya aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan untuknya.” 

Dan kata-katanya lagi;
“Para isteri berhak merasakan suasana persahabatan dan pergaulan yang baik dari suami mereka, sebagaimana mereka pun berkewajiban untuk melakukan ketaatan dalam hal yang memang diwajibkan atas mereka terhadap suami mereka.”

Antara hak dan kewajiban suami ke atas isterinya ialah:
(1) Suami berkewajiban memberi nafkah kepada isterinya seperti makanan, minuman, pakaian mahupun tempat tinggal dengan cara yang baik. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam:
“Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng wajahnya, janganlah engkau menghinanya, dan jangan pula membiarkannya kecuali di dalam rumah.” [HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban]

(2)  Suami berkewajiban memenuhi keperluan seksual isterinya, walaupun hanya sekali dalam masa empat bulan, yakni jika keadaan tidak mengizinkan. Keadaan ini ditetapkan berdasarkan Firman Allah Subhanahu wa Taala:
“Kepada orang-orang yang hendak bersumpah untuk menjauhkan dirinya dari isteri-isterinya, bagi mereka ada masa tangguh sampai empat bulan. Kemudian jika mereka kembali kepada isterinya maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [TMQ al-Baqarah (2):226]

(3)  Minimum tidur bersama isteri sekali dalam setiap empat hari. Pada masa Umar bin al-Khatthab ketetapan semacam ini pernah dilakukan. Ketetapan Umar ini diambil dari firman Allah;
“Nikahilah wanita-wanita yang kalian senangi dua, tiga, atau empat.” [TMQ an-Nisa’ (4):3]

Ini bermaksud, jika seorang suami itu mempunyai empat orang isteri (maksimum) maka jarak giliran antara setiap orang isteri adalah empat hari. Jadi, berdasarkan mafhum ayat, empat hari adalah had maksimum bagi suami melayani hak tidur isteri, walaupun isterinya adalah seorang.

(4) Berbuat adil dalam pembahagian jika suami mempunyai isteri lebih dari seorang. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
“Siapa saja yang mempunyai dua orang isteri, kemudian dia lebih cenderung kepada salah satunya, maka orang itu pada hari kiamat akan dipapah oleh seseorang kerana jatuh atau tertatih-tatih.” [HR at-Tirmidzi]

(5) Jika isterinya seorang gadis, maka si suami hendaklah tinggal bersamanya selama tujuh hari dari permulaan pernikahannya dan tiga hari (dari tarikh pernikahan) jika isterinya seorang janda. Ini di ambil dari sabda Rasulullah yang ertinya:
“Bagi gadis tujuh hari, sedangkan bagi janda tiga hari, kemudian barulah ia kembali kepada isterinya yang lama.” [HR Muslim]

(6) Suami disunnahkan memberikan izin kepada isterinya jika ingin melihat saudaranya yang sakit atau menziarahi jika ada yang meninggal dunia.

Di antara hak suami atas isterinya ialah:
(1) Isteri wajib mentaati suaminya dalam hal kebaikan, bukan dalam kemaksiatan kepada Allah. Namun demikian, seorang suami hendaknya tidak memberatkan atau menyusahkan isterinya. Ketentuan semacam ini diambil dari Firman Allah:
“Jika isteri-isteri kalian mentaati kalian maka janganlah kalian mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.” [TMQ an-Nisa’ (4):34]

Rasulullah juga bersabda:
“Sekiranya aku dibolehkan menyuruh seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku akan menyuruh seorang isteri bersujud kepada suaminya.” [HR at-Tirmidzi]

(2) Seorang isteri wajib menjaga harta kekayaan dan rahsia suaminya. Ia juga tidak boleh keluar rumah kecuali atas izin suaminya. Ketentuan ini diambil dari sabda Rasulullah:
“(Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya” [HR an-Nasa’i]

(3) Berpergian bersama suaminya jika diajak. Sebab, berpergian bersama suami merupakan hak suami yang wajib ditaati oleh isterinya.

(4) Isteri wajib melayani suami jika suami mahu bersamanya. Ini kerana, melayani keperluan seksual suami merupakan kewajipan isteri dan hak bagi suami. Dalam sebuah hadis disebutkan:
“Jika seorang suami mengajak isterinya untuk tidur bersama, kemudian isterinya menolaknya, hingga suaminya marah, maka malaikat akan melaknatnya hingga pagi hari.” [Muttafaq ‘alaih]

(5)  Seorang isteri wajib meminta izin suaminya jika ia hendak mengerjakan puasa sunat. Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah:
“Tidak halal bagi isteri untuk melakukan puasa ketika suaminya menyaksikannya, kecuali berdasarkan izinnya.” [Muttafaq ‘alaih].

Apa yang diterangkan di atas hanyalah sebahagian dari hak dan tanggungjawab di antara suami isteri di dalam kehidupan rumah tangga. Jika suami tidak menunaikan hak isterinya, suami tersebut telah melakukan kesalahan. Begitu juga, jika seorang isteri tidak memenuhi hak suaminya ia telah melakukan nusyuz.

Nusyuz
Nusyuz adalah pelanggaran isteri terhadap perintah dan larangan suami secara mutlak. Hukum nusyuz berlaku apabila si isteri melanggar perintah dan larangan suami semasa berada di dalam hayatul khas/kehidupan khusus (rumah tangga) seperti di dalam rumah. Adapun jika seorang isteri melanggar perintah suaminya di luar kehidupan khusus itu, ini tidak dinamakan nusyuz.
Syariat Islam telah menetapkan beberapa hak suami yang perlu dijalankan oleh seorang isteri. Antaranya menguruskan rumah tangga. Apabila seorang suami menyuruh isterinya membancuh teh, membasuh pakaian, memasak, memandikan anak-anak dan menggosok pakaiannya, jika isterinya tidak mahu melakukannya, ini bermakna isterinya itu telah melakukan nusyuz terhadap suaminya.

Begitu juga, jika seorang suami melarang isterinya bertabarruj (berhias diri) atau tidak memakai tudung di hadapan tetamunya di dalam rumah, jika isterinya melanggar larangan suaminya itu, maka isteri tersebut telah melakukan nusyuz. 

Sebaliknya jika suami tersebut melarang si isteri keluar rumah bertabarruj atau tidak memakai tudung (di luar rumah – hayatul am), jika si isteri tersebut tidak mengikut larangan suaminya itu, ini tidak dinamakan nusyuz kerana perbuatan itu bukanlah di dalam hayatul khas. Isteri tersebut telah melakukan keharaman kerana melanggar perintah Allah, cuma perbuatan tersebut tidak termasuk kategori nusyuzkerana berlaku di dalam hayatul am.

Contoh yang sama adalah jika si suami melarang isteri dari mencuri. Namun isteri melanggar perintah suami dan tetap mencuri (contohnya mencuri di pasar raya), maka isteri tersebut telah melakukan dosa dan keharaman. Namun ini tidak termasuk di dalam kategorinusyuz. Dan dari segi hukuman, isteri tersebut wajib dipotong tangannya oleh negara (Khilafah) dan bukannya dikenakan hukuman nusyuzoleh suami.

Ketika syariat Islam telah menetapkan hak suami secara umum untuk memerintahkan isterinya melakukan sesuatu, atau melarangnya, syariat juga telah membenarkan beberapa hal dari keumuman tersebut. Misalnya, syariat membolehkan seorang wanita untuk menjalankan perniagaan, mengajar, menghubungkan silaturrahim, pergi ke masjid, menghadiri ceramah ataupun seminar dan sebagainya. Seandainya si isteri melanggar larangan suaminya ini, maka si isteri tersebut tidak jatuh nusyuz kerana ini merupakan hak di dalam kehidupan umum yang dibenarkan oleh Allah ke atas wanita. Namun si isteri mestilah meminta izin kepada suami untuk keluar rumah dan mesti mentaati keputusan suaminya selama mana tidak melanggar syarak.

Syariat Islam juga telah mewajibkan wanita untuk berdakwah dalam masyarakat. Ini bermakna wanita/isteri juga wajib berdakwah, sebagaimana lelaki/suami. Seandainya si suami melarang si isteri untuk keluar berdakwah, ini adalah satu kesalahan bagi pihak suami. Meski demikian, jika di rumah ada kewajipan lain seperti menguruskan anak-anak, menyiapkan pakaian, makan dan minum suami, maka hal ini hendaklah dilakukan terlebih dahulu oleh si isteri.

Hukuman nusyuz.

Hukuman nusyuz telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Taala sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang kalian khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidurnya, dan pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak membekas), jika mereka mentaati kalian, janganlah kalian mencari-cari alasan untuk menghukum mereka” [TMQ an-Nisa’(4):34)

Jadi bentuk hukuman tersebut (dan mesti dilakukan menurut urutan) adalah:
1. menasihatinya dan memberi peringatan kepadanya.
2. mengasingkan tempat tidur.
3. memukulnya dengan pukulan yang tidak membekas.

Semua hukuman tersebut ditetapkan sebagai cara agar seorang isteri mentaati suaminya. Jadi, apabila isteri melakukan nusyuz, maka penyelesaiannya mestilah mengikut hukuman di atas.

Di samping itu, satu hal yang semestinya diperhatikan adalah bahawa kehidupan suami isteri harus merupakan bentuk kehidupan berkeluarga yang penuh dengan kasih sayang dan rahmat (mawwadah wa rahmah ). Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan akulah orang yang terbaik di antara kalian terhadap keluargaku.” [HR Muslim]

Thursday, February 2, 2012

Peristiwa pagi ahad Januari 2012
















Ular

Belakang rumah saya

Telah dibunuh hubby saya

Sangat garang

1st time tengok ular kembangkan kepala depan mata

Monday, August 1, 2011

Ramadhan

Hari nie Ramadhan pertama 1432. Panas betul. Since hari nie cuti awam, siang tu kami on and off tidur aje. Betul2 tak produktif. My eldest and 1st son dah berpuasa since tahun2 yg lepas so tak banyak problem sangat. Alia baru 6 and Aina 5 years old. Still quite young nak train utk puasa. Anyway Alia puasa separuh hari, hari nie. Tahniah Alia. Buka puasa hari ni Kari Ayam+telur, sambal tumis udang, kangkung tumis, karipap sardin dan puding roti. Esok sahur nak makan apa erks?????.

Thursday, July 21, 2011

Durian dan Sakit Mata

Musim Durian tiba lagi....bila tiba musim buah makna juga tiba musim sakit. Macam berpakat pulakkan. Tahun nie alhamdulillah dapat merasa durian depan rumah sepuasnya. Kalau tahun lepas dapat tengok dan cium bau aje. Tapi sekarang nie tengah wabak sakit mata pulak kat umah nie....huhuhu bila makan ubat camna nak makan durian. Sedihnya......

Thursday, July 14, 2011

Arwah Intan

Suasana hening selepas hujan mengundang gerimis di hatiku. Hari nie salah seorang sahabatku pergi menyambut seruan illahi. Al fatihah buat arwah Intan. Pemergian Intan begitu memilukan dan menginsafkan. Mengenangkan anak2 Intan yang masih kecil membuatkan aku terkenang kepada anak2ku sendiri. Seandainya aku dijemput illahi bagaimanakah kehidupan mereka. Sayunya hati.....Telah bersediakah aku?

Wednesday, July 13, 2011

Uncle....teenage crush

Hari ni nak cerita-cerita pasal zaman sekolah dulu. Hehehe hubby kata aku dulu ramai boyfriend masa sekolah. Yake macam tak aje tapi macam ya pulak hahaha kalau kat sekolah menengah dulu aku memang tak popular. One of my friend kata I lambat blossom. Camna tu erks? Tiba2 teringat arwah DS. Al-fatihah buat arwah. Dulu aku minat giler kat mamat ni. Entah part mana yg aku minat tak taulah. Lagi2 bila dia tak layan lagilah aku suka. Kelakarkan. Bila dia exam aku selalu wish good luck, wish happy birthday bila tiba hari lahir dia. Dia kirim salam and wish thank you pun dah rasa cam terbang. hahaha jiwang giler aku time tu. Sorang lagi brother tu yg aku minat tapi takleh show coz my friend pun minat org yg sama jugak. Kira aku minat dalam diam ajelah. Kumpul gambar dia, curi2 pandang. Beberapa kali aku kantoi dgn dia bila curi2 pandang tapi aku buat bodoh ajer. Sampai satu peringkat my roomate yg kebetulan classmate dia sudah pasang perangkap. Dia pi susun semua gambar yang aku pernah order and kenal pasti siapa ada dalam gambar tu so jeng!jeng!jeng! pecah rahsia makcik. Selalulah diaorg usik2 aku. Aku buat muka cuak ajerlah. Hari terakhir b4 the both brother keluar maktab after tamat SPM aku bagi both souvernior, kalau tak silap saputangan kot. Org kata tak baik bagi saputangan tapi tak kisahlah tu aje yg aku mampu dan rasanya takkan jumpa lagi dgn both diaorg ni. Suddenly aku dapat poskad dari brother yg aku syok dalam diam tu dan dia guna gelaran yg aku dan roomate aku guna bila borak pasal dia. Alamak sure roomate aku cerita kat dia alls. Kami jadi kawan yg baik sekali. Berutus surat hampir setiap minggu. Kelakarkan then putus hubungan bila dia keluar negara. Jumpa balik lately after both of use become parents. Sweet....so...sweet....

Friday, April 29, 2011

Terajin membaking

Lama dah tak update blog ni. Lately ni agak terajin membuat kuih muih tapi banyak yang hanya setakat sedap di makan tapi rupa tak berapa cantik so taklehlah nak upload dulu,tunggu dah betul2 cun baru diupload ok.

Monday, March 7, 2011

Night Talk

Last night waktu borak2 dgn my hubby before we doze off, my hubby told a story about life out there.....cerita2 rumahtangga. Normally I enjoy dengar that kind of stories tapi tak taulah last night rasa cam terlebih sensitive pulak. Yalah rasa cam dah melangkah ke usia senja, berbagai kekhuatiran timbul. I asked my hubby do he still love me? He said of courselah. I cakap "but I dah tua" and he said " so do I, apa you ingat I muda je ke? Takpe kita tua sama2" Thank dear....tapi I still risau. Entahlah......

Sunday, February 13, 2011

Larian Perdana Mahkota

Hari ni ada larian Perdana Mahkota di seluruh Johor. Dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Hampir 19 tahun meninggalkan dunia larian. Bila berlari tadi terkenang zaman muda. hahaha.... actually aku tak sure boleh menamatkan larian 2.4 km tu. Yalah kali terakhir aku sertai acara merentas desa ni 19 tahun yang lalu, masa tu muda belia lagi baru 21 tahun dan berat pun 49kg. Sekarang dah dekat 40 tahun dan beratpun around 75kg. Sangatlah jauh perbezaannya. Anyway alhamdulillah berjaya juga menamatkan larian. Happy bila my chubby son dapat nombor 6 tapi kesian bila my daughter tak dapat any hadiah. I know she frust tapi I biar aje tengok how dia handle the situation. Nampaknya dia semakin dewasa and can handle it.

Friday, February 11, 2011

Azfa 25 talks....

8 Febuari lepas Azfa genap setahun dan dah boleh menapak 25 tapak. yipeeee tak lama lagi Azfa dah boleh jalan....aaaannnnndddd we can start holidaying again. Anyway kena tunggu kakak habis UPSR dulu. Nak cerita apa ya....my life ermmmmmmmmmm hubby quite busy lately and I'm start feeling lonely walaupun sentiasa sibuk dgn works and kids. hahaha Azah, Azah bilalah nak dewasa. Bila lalui saat kesunyian begini teringat my hubby punya luahan rasa. " I thinklah mungkin I tak boleh jadi businessman berjaya coz businessman sure busy punya especially masa mula2. My wife mesti tak tahan punya". Bila pikir2 betul jugak kata dia. Sian dia......

Sunday, January 30, 2011

Apa itu Air Traffic Controller

Apa itu Air Traffic Controller? Kekadang tak tau nak describe camna. Tapi inilah yang saya jumpa dalam internet dan yang saya rasa paling sesuai. .Air traffic controllers are the people who expedite and maintain a safe and orderly flow of air traffic in the global air traffic control system. The position of the air traffic controller is one that requires highly specialized skills. Controllers apply separation rules to keep aircraft apart from each other in their area of responsibility and move all aircraft safely and efficiently through their assigned sector of airspace. Bunyi macam susahkan. Entahlah camna saya boleh menjadi seorang Air Traffic Controller. Kerjaya ni seronok sebenarnya. Dulu masa mula-mula kerja saya kemaruk bercakap dgn pilot. Rasa cam seronok aje tapi bila dah 12 tahun kerja ni dah taklah jakun sangat. muahahaha!

Weekend ~ hujan seharian

Entry pertama on 2011. Since dahpun jam 1 am dah kira Sundaylah nikan so yesterday hujan the whole day. I pun tergoda bila hubby ajak golek2 n take afternoon nap. Ni yg malas kalau tido siang coz malam mata nie taklah lelap. Pagi nanti hopefully hujan akan berhenti coz org yang mesin rumput tu dah janji nak datang potong rumput yg tumbuh dengan suburnya di halaman I. Lama I dah tak jenguk my blog coz sgt2lah busynya. My facial and diet treatmentpun tak pergi. Since my boss retired and new boss tak sampai2 hidup I really berubah. No more time for myself. Anyway by 16 Feb. 2011, I will get back my life. muahahaha tak sabarnya. Nak citer apa erks....Books dah lama tak baca books tapi I tengah gila baca all the Vampire's series. Best sangat. Herankan pasal I ni penakut sebenarnya.............. Cooking...actually my hubby dah merajuk nak ambik gambar my cooking bila I tak mau bagi resepi kat member2 yang mintak. Entahlah why tiba2 I jadi kedekut that day and he delete all the gambar. huhuhu...... Yesterday I only cooked nasi lemak and ayam goreng for the whole day meals. Rajinkan I. Esok nak masak apa pulak erks?????

Sunday, May 16, 2010

Weekend story




Menu hari nie.....pucuk ubi masak lemak dgn tempe, kerabu mangga yang first time dicuba dan udang fresh bakar kosong dicicah sambal kicap buatan hubby. Berselera sekali kami makan. Aku terus terlupa pada dietku. Seronok sangat bila kerabu mangga menjadi seperti yang dijangkakan. Makan pulak dengan lemak pucuk ubi yang menjadi favouriteku. Rasa macam tak nak berenti makan.

Hari nie macam weekend2 yang lain. Pagi gi pasar, masak dan lepak2 dgn anak2. Cuma ada tambahan sikit. Since besok hari guru so seperti biasa tugas mummy prepare the presents for Kakak, Abang, Alia and Aina's teachers. Letih juga sebab dah lama tak berkreatif. Terkial2 jadinya. Anyway I'm happy and really2 enjoying it. Tadaaa nielah hasilnya........




Friday, May 7, 2010

Dunia ibu

Today bawak Azfa take his 2 months injection. Sian tengok dia nangis, tapi nasib baik kejab aje. Thats my hero..... Actually injection ni dah terdelay for 1 month coz mummy n daddy really2 busy.....hahaha alasan. And esok dah janji with my anak dara to take them to saloon. At last busy weekend again. Bilalah nak dapat cilok gi for my facial yang dah tertangguh nearly a month. Sunday will be MOTHER's DAY. Can I get a day off on Sunday?????